Malay Chinese (Simplified) English Hindi
 

A- A A+
 
hijau
birumerah
  

Piagam Pelanggan

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.


Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:

  • Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi JPS Careline 1-300-80-1010 berkenaan dengan masalah banjir, sungai, pantai dan saliran bandar dalam masa dua (2) hari bekerja.
  • Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).
  • Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empatbelas (14) hari bekerja.
  • Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.
malaysia kedah water mosti mdec-icon msc 1msia BPAwam jpa

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, 05000, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433 | Fax : +60 4-731 4011 | Email : webmaster[at]didkedah[dot]gov[dot]my