Malay Chinese (Simplified) English Hindi
 

A- A A+
 
hijau
birumerah
  

Bahagian Ukur Bahan & Kontrak

 

    • Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak merupakan Bahagian yang memberi perkhidmatan sokongan dalam urusan pengurusan kontrak dan perolehan projek di JPS Kedah.
    • Peranan utama yang dimainkan oleh Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak di JPS Kedah adalah memberi perkhidmatan kepakaran ukur bahan kepada semua Bahagian, Daerah dan
    • Pejabat Projek untuk memastikan semua projek :
      • Dilaksanakan dengan efektif, efisyen dan teratur selaras dengan prosedur dan dasar kerajaan.
      • Mencapai kos yang optimum dan memperolehi nilai setimpal.
      • Memenuhi ciri – ciri akauntabiliti awam yang diamanahkan kepada Jabatan.
  • Mengadakan perkhidmatan Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan untuk mempastikan projek – projek JPS dilaksanakan dengan adil dan efisyen serta memenuhi ciri – ciri pertanggungjawaban awam.


    • Melaksanakan audit teknik terhadap dokumen dan perakuan yang berkaitan dengan perolehan dan kontrak (Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan).
    • Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak.
    • Memaklumkan dan membuat edaran kepada semua Bahagian, Daerah dan Pejabat Projek mengenai pekeliling dan garispanduan baru dan terkini.

  • Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak bertanggungjawab untuk perkara berikut :

    • Pra Kontrak
    1. Menyedia / menyemak dokumen meja tender dan menguruskan iklan dan pemanggilan tender.
    2. Mempelawa, menilai dan menyediaan laporan tender.
    • Pos Kontrak
    1. Menyediakan Surat Setuju Terima Tender kepada petender yang berjaya dan menguruskan pelarasan harga kontrak dan surat perwakilan kuasa.
    2. Menyedia / menyemak dan mengedarkan dokumen kontrak.
    3. Menyemak penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran interim.
    4. Menyedia / menyemak permohonan Kelulusan Perubahan Kerja, permohonan Kelulusan Kuantiti Sementara, permohanan Pelarasan Harga Kontrak, Penyata Akaun Muktamad dan Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad.
    5. Menyemak Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa dan Perakuan Siap Kerja.
    6. Menyemak permohonan pelarasan Wang Peruntukan Sementara.
    7. Menghadiri Mesyuarat Tapak.

    Khidmat Nasihat

    1. Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender dan pengurusan kontrak.
    2. Memberi khidmat nasihat ke atas perkara – perkara dan masalah – masalah am berkaitan pentadbiran kontrak.

    Tanggungjawab Lain

    1. Mengemaskini dan memantau sistem SMATRAK untuk projek – projek JPS Negeri Kedah.
    2. Memuat-turun / mengemaskini maklumat mengenai tender di Portal JPS Kedah.

malaysia kedah water mosti mdec-icon msc 1msia BPAwam jpa

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, 05000, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433 | Fax : +60 4-731 4011 | Email : webmaster[at]didkedah[dot]gov[dot]my