Malay Chinese (Simplified) English Hindi
 

A- A A+
 
hijau
birumerah
  

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal copy

 Alamat   :      JPS Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal
KM 6 Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani, Kedah
 No Tel  :     +604-4214537
 No Fax  :      +604-4214545
 Emel  :      jps_bpme[at]didkedah.gov.my
 Laman Web   :     http://www.didkedah.gov.my/

 

Shazenas    

EN. SHAZENAS B JAMALLUDIN

Ketua Pen. Pengarah | Jurutera Mekanikal J48
shazenas[at]didkedah.gov.my
Telefon: 04-4214537
       
no image    

KOSONG

Pen. Pengarah Mekanikal | Jurutera J41
[at]didkedah.gov.my
Telefon: 04-4214537
       
MegatMohdYaseirbinMegatGhazal    

EN. MEGAT YASEIR BIN MEGAT GHAZALI

Pen. Jurutera Mekanikal
jpskedah[at]didkedah.gov.my
Telefon: 04-4214537

 

  • Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah diberi tanggungjawab khusus dalam bidang mekanikal dan elektrikal merangkumi pembangunan pemodenan peralatan mekanikal, penyelenggaraan, perolehan dan pelupusan semua peralatan mekanikal di seluruh JPS Negeri Kedah. Peralatan mekanikal yang dimaksudkan termasuklah kenderaan, pam-pam pengairan dan saliran, pintu air serta lain - lain peralatan pejabat dan bengkel.

    Disamping itu, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal juga memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi lain yang berkaitan kejuruteraan mekanikal. Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Kedah terbahagi kepada empat unit iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Perolehan dan Aset, Unit Pembangunan serta Unit Operasi dan Penyelenggaraan.

    Selaras dengan perkembangan fungsi dan peranan bahagian ini bermakna risiko terhadap pekerja juga bertambah secara selari. Oleh yang demikian, penekanan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan menjadi keperluan bagi jabatan ini.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan Mekanikal dan Elektrikal yang professional serta bermutu tinggi kearah kepuasan hati pelanggan, amalan kejuruteraan yang baik dan serasi dengan alam sekitar. Antaranya ialah :

    • Mengurus pengendalian operasi dan penyelenggaraan loji dan peralatan sistem mekanikal dan elektrikal yang berkesan serta membuat pemantauan dan kawalan prestasi yang cekap dan tepat.
    • Menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan mekanikal dan elektrikal ke arah teknologi baru bagi memaksimumkan hasil.
    • Mewujudkan interaksi yang cekap serta memberi khidmat nasihat teknikal yang professional kepada pelanggan mengenai sistem peralatan mekanikal dan elektrikal di loji-loji yang berkaitan.
    • Pembangunan sistem pengurusan maklumat terkini berkaitan loji dan peralatan mekanikal dan elektrikal bagi memenuhi keperluan jabatan.
    • Mengkoordinasi dan mengintegrasi teknik dan kerja Mekanikal & Elektrikal serta menyelaraskan pengurusan kerja dengan JPS Daerah dan agensi-agensi lain.
    • Mempertingkatkan dan membangunkan sumber tenaga manusia yang kompetan dan mampu melaksanakan kerja dengan cemerlang dan berkesan.
    • Khidmat perolehan dan pelupusan Aset Mekanikal dan Elektrikal mengikut keperluan dan ketentuan.
    1. Perolehan jentera dan kelengkapan mekanikal yang sesuai, yang diperlukan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.
    2. Peningkatan dan pembaikan kelengkapan mekanikal dan juga jentera Jabatan (kenderaan, jentera berat, pam termasuk pam pegun dan pam bergerak).
    3. Reka cipta dan / atau pengumpulan, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pintu Air dan komponennya di bawah skim Jabatan Pengairan dan Saliran.
    4. Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pam dan komponen pam di dalam skim Jabatan Pengairan dan Saliran.
    5. Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan kemudian menjaga semua peranti mekanikal yang digunakan oleh Jabatan
    6. Menguruskan semua item kejuruteraan mekanikal terpilih.
    7. Program latihan dan pembinaan kemahiran kakitangan Jabatan dalam menguruskan dan menyelenggara item mekanikal Jabatan.
    8. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan untuk menambah baik dan memodenkan input kejuruteraan mekanikal Jabatan untuk mengekalkan keberkesanan dalam memenuhi keperluan Jabatan.
    1. Merancang, mengurus, mengawal, memantau dan mengemaskini kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan Mekanikal & Elektrikal di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah
    2. Merancang, merekabentuk dan menyelia perlaksanaan projek-projek pembangunan.
    3. Merancang, mengurus, menyelaras, mengemaskini dan memantau perbelanjaan Peruntukkan-Peruntukkan Pembangunan dan Belanja Mengurus serta menyediakan laporan-laporan bulanan/tahunan kerja-kerja pembangunan dan mengurus serta lain-lain yang berkaitan.
    • Menyediakan Khidmat Nasihat Kepakaran Ke Atas Aktiviti-Aktiviti Mekanikal & Elektrikal.
    • Mengkaji dan menaiktaraf sistem rumah pam dan pintu kawalan yang sedia ada kepada sistem automasi.
    • Melaksanakan program 'Schedule Maintenance' bagi memastikan peralatan M & E berada dalam keadaan baik dan beroperasi.
    • Melaksanakan program kerjasama dengan Pusat Ujian BPME Ipoh dan syarikat pengeluar yang terlibat
    • bagi menguji tahap kecekapan pam 'Performance Test' keatas pam-pam yang sedia ada dirumah pam milik JPS Kedah
    • Mengadakan kajian semula rekabentuk pintu air bersesuaian dengan keadaan persekitaran semasa dengan menggunakan bahan dan kaedah baru.
    • Memberi khidmat Perunding dan Pengurusan bagi kerja-kerja M & E untuk setiap projek berkaitan bagi JPS Negeri Kedah.
    • Menyediakan garis panduan serta manual dan lain-ain dokumen sebagai 'Term of Reference' bagi projek-projek M & E.
    • Memberi ulasan dan pandangan terhadap draft dokumen bagi kerja-kerja M & E bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

malaysia kedah water mosti mdec-icon msc 1msia BPAwam jpa

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, 05000, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433 | Fax : +60 4-731 4011 | Email : webmaster[at]didkedah[dot]gov[dot]my