Malay Chinese (Simplified) English Hindi
 

A- A A+
 
hijau
birumerah
  

Bahagian Khidmat Pengurusan

 

 

Bahagian Khidmat Pengurusan adalah bahagian terbesar di JPS Negeri Kedah dengan tujuh unit-unit berbagai fungsi di bawahnya. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah I, Jurutera J52 yang dibantu oleh Pegawai Tadbir N44.

Bahagian Khidmat Pengurusan2017

  • Secara ringkasnya, Bahagian Khidmat Pengurusan ini berfungsi sebagai bahagian sokongan yang menguruskan perkhidmatan, perjawatan, persaraan, hal ehwal kewangan, pentadbiran am, dan kerurusetiaan mesyuarat dan majlis-majlis rasmi jabatan. Selaras dengan perkembangan jabatan serta fungsi jabatan yang bertambah kompleks, bahagian ini perlu juga dirombak dan disusun semula agar dapat menjalankan fungsinya dalam merealisasikan visi jabatan. Bahagian Khidmat Pengurusan berfungsi bagi urusan-urusan berikut :


    1. Mengurus semua perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan seperti berikut :
    1. Pengesahan lantikan
    2. Pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen
    3. Pelanjutan tempoh percubaan
    4. Penetapan gaji masuk
    5. Urusan cuti
    6. Perubahan Gaji
    7. Pelepasan/meletakkan Jawatan
    8. Pencen
    2. Mengurus semua aspek berhubung dengan tatatertib, kenaikan pangkat, pencalonan bagi darjah kebesaran dan penanggungan kerja.

    3. Mengurus Laporan Perisytiharan Harta, permohonan tapisan keselamatan dan menyelaras Laporan Penilaian Prestasi Tahunan JPS Kedah.

    4. Mengemaskini data dalam sistem aplikasi HRMIS.

    5. Mengurus aset alih JPS Perak mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2007.

    6. Mengurusetia mesyuarat-mesyuarat seperti MBJ, Panel Pengurusan Sumber Manusia dan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus jabatan

    7. Mengurus fail-fail gunasama jabatan, edaran surat-surat jabatan dan pelupusan fail.


  • Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran adalah seperti berikut :

    • HRMIS
      • Memproses urusan menyandang dan memutus sandang pegawai baru, bertukar atau naik pangkat dalam masa satu (1) hari dari surat penempatan atau pertukaran diterima.
      • Mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima dari Pemilik Kompetensi (user) dengan memanjangkan aduan tersebut kepada Meja Bantuan HRMIS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta merta.
    • Latihan dan Kursus
      • Mengemukakan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan seperti berikut kepada pihak berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu setelah permohonan diterima dan memaklumkan kepada pemohon satu (1) minggu dari tarikh keputusan diterima :
        • Urusan permohonan pengecualian mengikut Kursus Induksi dan Peperiksaan untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
        • Mengurus permohonan kursus dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan.
        • Mengurus permohonan peperiksaan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan.

    • Perkhidmatan
      • Menguruskan penyelarasan gaji/Penyata Perubahan (Kew. 8) dalam tempoh satu (1) minggu setelah menerima arahan perubahan emolumen/pendapatan dan menghantar kepada Seksyen Kewangan dalam tempoh tiga (3) hari
      • Memastikan sebarang perubahan dan pengemaskinian buku-buku perkhidmatan pegawai dikemaskini dalam tempoh tiga (3) hari.
      • Mengemukakan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan seperti berikut kepada pihak berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu setelah permohonan diterima dan memaklumkan kepada pemohon satu (1) minggu dari tarikh keputusan diterima
      • Pengesahan lantikan
      • Pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen
      • Pelanjutan tempoh percubaan
      • Penetapan gaji masuk
      • Urusan cuti
      • Perubahan Gaji
      • Pelepasan/meletakkan Jawatan Tatatertib & Kenaikan Pangkat
      • Memproses Borang Laporan Perisytiharan Harta dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan dokumen.
      • Memproses Borang Pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sekali dalam setahun.
      • Menghantar proses permohonan penanggungan kerja dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh penerimaan dokumen dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh keputusan.
      • Menyediakan Borang LNPT seperti jadual selewat-lewatnya bulan November untuk diisi oleh Pegawai Yang Dinilai.
      • Menguruskan borang tapisan keselamatan untuk dikemukakan ke Pejabat Keselamatan Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh diterima.

    • Pencen
      • Menyediakan maklumat asas bakal pesara wajib dua (2) tahun sebelum tarikh persaraan ke SUK.
      • Memproses dokumen-dokumen persaraan pilihan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan persaraan pilihan diluluskan.
      • Memproses dokumen-dokumen pencen terbitan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh penerimaan bukti kematian secara bertulis.

    • Surat-Menyurat
      • Edaran dalaman sekurang-kurangnya 3 kali sehari (9.00 pagi, 12 tghari, dan 3.00 petang) di pigeon hole setiap Daerah dan ke bahagian.
      • Edaran Luar dilakukan 1 kali sehari pada pukul 10.30 pagi.
      • Mendaftar semua surat masuk dalam masa satu (1) jam dari masa menerima.
      • Memastikan semua surat yang diterima direkod dan dimasuk dalam peti berkunci untuk Pengarah/Timbalan Pengarah dalam tempoh satu (1) jam selepas surat diterima.
      • Mengedar surat kepada pegawai berkaitan untuk tindakan selepas diminit oleh Pengarah/Timbalan dalam tempoh 30 minit selepas surat keluar dari bilik Pengarah/Timbalan.

    • Aset
      • Memastikan Pengurusan Aset dan Stor dikendalikan dengan cekap, berkesan dan best value for money.
      • Urusan pengeluaran stok dari stor (10 item dalam 2 jam).
      • Urusan naziran stor bagi memastikan pematuhan Jabatan kepada peraturan-peraturan semasa pengurusan asset.
      • Menguruskan urusan kehilangan/pelupusan/verifikasi aset mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/07.
      • Pemeriksaan aset dijalankan sekali setahun.
      • Memastikan pemeriksaan mengejut pada stor diadakan sekali dalam masa 6 bulan.
    • Keurusetiaan
      • Menjalankan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) empat kali setahun.
      • Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan empat kali setahun.
      • Mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penyampaian Sijil Penghargaan Pesara JPS Kedah sekali setahun

malaysia kedah water mosti mdec-icon msc 1msia BPAwam jpa

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, 05000, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433 | Fax : +60 4-731 4011 | Email : webmaster[at]didkedah[dot]gov[dot]my