Malay Chinese (Simplified) English Hindi
 

A- A A+
 
hijau
birumerah
  

Fungsi Utama

  • Membangun, mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan, saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian, khususnya bagi faedah sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.
  • Mengkaji, merancang dan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di negeri ini bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan kerosakan harta benda.
  • Mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Kedah bagi penduduk-penduduk luar bandar dan bandar dengan melindungi nyawa, harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.
  • Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan. Menjalankan kerja-kerja mengawal dan mencegah hakisan pantai.
  • Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
  • Memberi ulasan terhadap permohonan pembangunan perumahan, menukar syarat kegunaan tanah, mengeluarkan tanah bukit dan perkara-perkara lain yang terlibat dengan Enakmen Air. Melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan awam / bangunan untuk agensi lain di bawah Kementerian.

malaysia kedah water mosti mdec-icon msc 1msia BPAwam jpa

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, 05000, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433 | Fax : +60 4-731 4011 | Email : webmaster[at]didkedah[dot]gov[dot]my