Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my
SESI TAKLIMAT TEKNIKAL PRODUK INOVASI "NAHRIM HYDRAULIC MARKER (NHM)" OLEH PIHAK PEMBEKAL
- Aliff
- BERITA
- Hits: 193
SESI TAKLIMAT TEKNIKAL PRODUK INOVASI "NAHRIM HYDRAULIC MARKER (NHM)" OLEH PIHAK PEMBEKAL
Satu sesi taklimat teknikal berkenaan produk inovasi “Nahrim Hydraulic Marker” telah diberikan oleh pembekal dari Syarikat Faja Rizq Sdn Bhd pada 1 Februari 2024. Produk inovasi ini mampu memberikan maklumat pantas berkenaan paras banjir, perincian lokasi, penanda aras bumi sementara, arah aliran badan air berserta LED untuk keselamatan waktu gelap, penanda pelbagai badan air, kod QR untuk laporan dan aduan secara atas talian dan kamera penderia pergerakan.
Produk HNM adalah produk inovasi penanda rizab pintar yang digunapakai dan dilengkapi dengan ciri-ciri pelbagai fungsi untuk keperluan penguatkuasaan dan pemantauan yang lebih menyeluruh. Produk ini sesuai digunapakai di badan-badan air seperti sungai, tasik, saliran, empangan dan pantai.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengarah Syarikat kepada pihak Pengurusan JPS Kedah yang terdiri dari Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah di JPS Kedah.
#JPSKedah
#JPSMalaysia
#jayakanperkhidmatansempurna