SUNGAI ANAK BUKIT BAKAL MENJADI TUMPUAN PELANCONG

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sungai Anak Bukit sememangnya kaya dengan keindahan semulajadi serta unsur unsur sejarah. Ini di akui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato' Hj Mohd Rawi b Abd Hamid SSDK., AMK., PJK. yang telah turun padang meninjau sendiri keindahan serta kesan-kesan sejarah. Menurut beliau, sektor pelancongan tidak hanya bergantung kepada program yang diadakan, namun ia lebih kepada produk yang ada di sesuatu kawasan. Menurutnya lagi, Kerajaan perlu memperuntukkan dana khas untuk aktiviti pemuliharaan warisan serta tinggalan sejarah yang wujud seperti fosil trilobite, sekaligus mampu menjadi tarikan pelancongan ke negeri ini.

Lawatan bermula di jeti Rumah Pam RTB Sungai Raja ke kawasan Ampang Jajar dan seterusnya hingga ke Istana Anak Bukit sebelum berpatah balik ke jeti Rumah Pam RTB Sungai Raja. Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Daerah Kota Setar, UPEN, MBAS serta lain-lain jabatan/agensi yang berkaitan. Disepanjang lawatan taklimat diberikan oleh Timb Pengarah II JPS Kedah Ir. Baharuddin bin Abdullah.  

20141020_091631a.jpg

20141020_101729a.jpg

20141020_114220a.jpg

 

 

 

 

 

 

 


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433
Fax : +60 4-731 4011
Email : webmaster[at]didkedah[dot]gov[dot]my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.49s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 8 Mei 2019