RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI MUDA

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

 

 

 

                

                PENGENALAN

 

                     Sungai Muda dikenalpasti sebagai kawasan yang sering dilanda banjir terutamanya musim hujan pada April

               hingga Mei dan September hingga November setiap tahun.  Banjir berlaku setiap tahun dan semakin serius. Banjir

               besar berlaku dalam tahun 1949, 1967,1988,1995 dan 1998.  Dianggarkan sebanyak 8,370 buah rumah dan seluas

               100 km persegi kawasan perumahan dna pertanian terlibat.  Jumlah kerosakan tahunan dianggarkan antara RM 2

               juta hingga RM 4 juta semasa banjir biasa dan dalam kejadian banjir tahun 1988 kerugian harta benda dan hasil

               pertanian adalah dianggar sebanyak RM 16 juta.

 

               Punca-punca kejadian banjir:

 

                     *   Kawasan tadahan sungai yang curam

                     *   Sungai yang tidak mampu menampung aliran.

                     *   Bangunan yang didirikan didataran banjir.

                     *   Pembangunan yang semakin pesat di kawasan sekitar dan juga bandar-bandar berdekatan seperti

                          Sik, Baling dan Kuala Ketil.

                     *   Saiz Ampang Jajar tidak mencukupi.

                     *   Hujan yang berpanjangan dikawasan tadahan.

 

                     Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia melaksanakan

                Projek Tebatan Banjir Sungai Muda. Adalah diharap dengan siapnya projek ini, ianya akan menyelesaikan masalah

                banjir yang sering berlaku dikawasan tersebut.

                         

                      Skop keseluruhan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muda adalah seperti berikut:

 

                     *     Dari Jambatan Sidam ke Muara Sungai Muda sepanjang 40 km.

                     *     Bandar Kuala Ketil sepanjang 5 km

                     *     Bandar Sik sepanjang 2 km

                     *     Bandar Baling sepanjang 4 km.

 

                     Anggaran kos keseluruhan yang diperuntukan oleh pihak kerajaan persekutuan untuk projek tersebut ialah 

                sebanyak RM 400 juta. Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh dua kontraktor iaitu Redmax Sdn Bhd

                dan Wira Kerjaya Sdn. Bhd, di mana Jambatan Merdeka sebagai pembahagi bagi kedua-dua kontraktor tersebut.

                Projek ini dijangkakan siap pada pertengahan tahun 2006.

 

                MENGAPA PROJEK INI PERLU DILAKSANAKAN ?

 

                    #   Projek ini adalah amat penting kerana ianya akan memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya yang 

                         merupakan nadi pengerak ekonomi.

 

                    #   Kerja-kerja pembaikan sungai tidak hanya memberi manfaat kepada kawasan-kawasan berhampiran tetapi

                         turut dapat mengalakkan aktiviti sosio-ekonomi di kawasan Lembangan Sungai Muda.

 

                    #   Projek ini bertujuan untuk mengurangkan kemusnahan harta benda akibat bencana banjir.

 

                    #   Persekitaran sungai dapat dijadikan sebagai tapak rekreasi yang indah untuk tarikan pelancong

 

                    #   Rekabentuk baru yang dicadangkan ke atas sungai tersebut dapat memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan

                         sungai termasuk kerja-kerja membersihkan sungai serta kawasan persekitarannya.

 

                MATLAMAT PROJEK

 

                     Matlamat projek ini adalah untuk menyediakan infrastruktur bagi mengatasi masalah banjir di kawasan sungai 

                muda dan mengurangkan kerosakan harta benda di kalangan penduduk disekitar lembagan sungai Muda.

 

                KOMPONEN PROJEK

 

                      Cadangan kerja-kerja pembaikan Sungai Muda adalah seperti berikut:

 

                       #    Pembaikkan sungai

                             - Mendalam dan melebarkan sungai

                             - Pengawalan hakisan tebing

                      

                       #   Pembinaan Ban dan struktur

 

                       #   Pembaikkan Muara Sungai

 

                       #   Pembinaan Ampang Jajar baru.

 

                       #   Pembinaan jambatan KTMB dan jambatan JKR.

 

                       #   Pengubahsuaian ke atas struktur sediaada.

 

                       #   Landskap