Terkini

Lawatan Kerja Dato' Mohd Johari Baharom

Pada 27/3/2010 yang lepas satu lawatan kerja Dato' Ir. Mohd Johari bin Baharom telah diadakan di sekitar kawasan pertanian di Pulau Langkawi bagi meninjau masaalah yang dihadapi oleh petani dan merangka beberapa langkah bagi meningkatkan taraf hidup petani di sekitar Langkawi.

Beliau sempat meninjau beberapa kawasan pertanian antaranya: Kolam Takungan di Candek Kura, Mukim Kedawang; paip pengairan Telaga Tujuh; Kolam Takungan Bukit Hantu; Jeti Nelayan Kuala Cenang; dan kawasan pertanian di Pulau Tuba.

Lagi gambar-gambar...

 

Lawatan PJASL Ke Cameron Highlands

Pada 12 Disember 2008 yang lalu, seramai 38 orang ahli Pasukan Jurulatih Alam Sekitar Langkawi (PJASL) bertolak ke Cameron Highlands untuk sama-sama menghadiri mesyuarat dan post mortem program-program pasukan bagi tahun 2008. Selain daripada itu, perjalanan kami ke sana juga untuk turut melengkapkan ruang program dengan aktiviti-aktiviti pendidikan.

Antara yang menjadi tumpuan ialah aktiviti Jungle Trekking di mana seramai 26 orang termasuk seorang pegawai dari Pejabat Hutan Cameron Highlands (sebagai petunjuk arah) telah berjaya menawan Gunung Brinchang yang berketinggian 6,666 kaki atau 2,031 meter yang mengambil masa perjalanan hampir tiga jam. Kepenatan dan keletihan yang dialami hilang setelah semua berjaya sampai di puncak.

Baca lagi: Lawatan PJASL Ke Cameron Highlands

   

Nin Hao Ma?

Sebagai menyahut saranan JD Langkawi yang menyarankan supaya kakitangan JPS sentiasa mempunyai keinginan untuk mendalamkan ilmu pengetahuan dalam segenap bidang, maka tiga orang kakitangan JPS telah mendaftarkan diri menghadiri kelas Bahasa Mandarin yang berjalan selama 2 bulan. Mereka telah berjaya dengan cemerlang menghabiskan program tersebut.

Emran @ Ah Mu Lan (duduk), Md Nor @ Ah Muk No (#2 dari kiri) dan Kushairi @ Ku Sai Li (#3 dari kiri)
Klik gambar untuk besarkan
   

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2008

Pameran Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2008 telah diadakan pada 4 Nov 2008 bertempat di Dataran Lang, Langkawi. JPS Kedah antara agensi kerajaan yang mengambil bahagian di dalam pameran tersebut.

Acara tersebut telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Baca lagi: Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2008

   

Majlis Jamuan Aidilfitri JPS Langkawi

Pada 16 Oktober 2008 bersamaan 16 Syawal 1429 hari Khamis baru baru ini JPS Langkawi telah mengadakan majlis Jamuan Aidilfitri 2008. Majlis diadakan secara sederhana tetapi meriah. Majlis tersebut turut dikunjungi oleh penduduk tempatan dan kakitangan kerajaan di sekitar Langkawi.


Klik untuk besarkan gambar.

Turut menyerikan majlis ialah 2 orang ahli Exco Kerajaan Negeri yang kebetulan berada di Langkawi iaitu YB Hj. Ir. Phahrolradzi bin Hj. Zawawi, Exco Pembangunan Luar Bandar, Basmi Kemiskinan, Kerjaraya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air & Tenaga; dan YB Dr. Hj. Hamdan bin Mohamad Khalib, Exco Belia & Sukan, Kesenian & Warisan / Kebudayaan.

   

Halaman 1 dari 3