Lawatan PJASL Ke Cameron Highlands
Lawatan PJASL Ke Cameron Highlands
Pada 12 Disember 2008 yang lalu, seramai 38 orang ahli Pasukan Jurulatih Alam Sekitar Langkawi (PJASL) bertolak ke Cameron Highlands untuk sama-sama menghadiri mesyuarat dan post mortem program-program pasukan bagi tahun 2008. Selain daripada itu, perjalanan kami ke sana juga untuk turut melengkapkan ruang program dengan aktiviti-aktiviti pendidikan.
Antara yang menjadi tumpuan ialah aktiviti Jungle Trekking di mana seramai 26 orang termasuk seorang pegawai dari Pejabat Hutan Cameron Highlands (sebagai petunjuk arah) telah berjaya menawan Gunung Brinchang yang berketinggian 6,666 kaki atau 2,031 meter yang mengambil masa perjalanan hampir tiga jam. Kepenatan dan keletihan yang dialami hilang setelah semua berjaya sampai di puncak.
Dalam perjalanan tersebut kami dipertemukan dengan pelbagai spesis tumbuhan dari jenis beracun, penawar dan tumbuhan hiasan. Pasukan Jurulatih Alam Sekitar Langkawi atau PJASL ini mula diwujudkan pada sekitar tahun 2002 di mana setiap jurulatihnya diberi pendedahan awal dengan mengikuti kursus-kursus dalam bidang yang khusus.
Pada November 2008 penubuhan pasukan ini telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah. Sejak penubuhan dari tahun 2002 hingga ke hari ini, pasukan ini telah mengumpul seramai 94 orang ahli dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pelbagai program telah dilaksanakan pasukan ini khususnya mengenai pendidikan dan kesedaran alam sekitar. Bagi meneruskan hasrat murni, pasukan ini akan terus berdaya maju pada masa akan datang.
Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Adalah Tanggungjawab Bersama!
| < Sebelum | Seterusnya > |
|---|













Jurutera Daerah: Ir Abdul Najib Abdullah,
No. 1, Lot 111, Jalan Kelibang, Mukim Kuah