Taklimat Tender

Taklimat tender bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Kuah diadakan di Pejabat JPS Langkawi pada 30/06/08 oleh Jurutera JPS dari Unit Tebatan Banjir JPS Kedah. Turut hadzir tiga orang penuntut yang sedang menjalani praktikal dengan unit tersebut. Pejabat JPS Langkawi mengalu-alukan kedatangan semua termasuk para konktraktor dan wakil masing-masing ke majlis tersebut.

 

Tiga orang penuntut tersebut ialah Teh Amelia Shazwani bt Abd Hamid dari UITM (penuntut Ijazah Kejuruteraan Awam), Siti Nor Azura bt Md. Saad dari UTHM (penuntut Ijazah Kejuruteraan Awam - Alam Sekitar, dan Nor Kamariyah bt Hamzah (penuntut UPM Ijazah Kejuruteraan Biologi & Pertanian). Mereka juga mengadakan lawatan ke projek Pembinaan Geotube di Kuala Cenang, projek membina tembok mencegah hakisan pantai di pantai Kuala Muda, projek membina benteng pemecah ombak di Kuala Triang dan projek GPT di Pasar Awam Padang Matsirat.