Pemasangan 'Wave Recorder'
Bencana yang menimpa Langkawi akibat serangan 'tsunami' tempoh hari masih terbayang-bayang dan menjadi igauan setiap penduduk yang ditimpa musibah tersebut.
Sebagai langkahan awal, satu alat pencatit ombak telah dipesan oleh JPS Langkawi untuk dipasang di perairan Langkawi. Sistem tersebut akan dikenali sebagai Wave Recorder, ia mampu membaca profil arus yang tepat, mengukur hadlaju dan arah ombak. Alat ini dibangunkan oleh RD Instrument USA dan dinamakan Workhorse Sentinel. Keterangan lanjut boleh didapati di laman web mereka.
JPS Daerah Langkawi akan menganjurkan satu majlis penerangan berhubung dengan pemasangan Wave Recorder ini seperti berikut:
- Tarikh: Selasa, 25hb. Mac, 2008;
- Jam: 9.30 pagi;
- Tempat: Bilik Mesyuarat JPS Langkawi.
Dengan adanya sistem ini akan dapat merekod bacaan ombak dan mewujudkan simpanan data untuk tujuan rujukan dan kajian. Dan seterusnya karekteristik ombak dapat dinilai dan amaran tentang kemungkinan berlakunya ancaman tsunami dapat dihebahkan dengan awal dan cepat.
| < Sebelum |
|---|













Jurutera Daerah: Ir Abdul Najib Abdullah,
No. 1, Lot 111, Jalan Kelibang, Mukim Kuah