Sekitar Langkawi

Klik di sini untuk melihat paparan tempat-tempat menarik di sekitar Langkawi.

Skrin Besar Kelab Sukan JPS Langkawi

Penentuan pingat emas bola sepak Sukan SEA XXVI, Kelab Sukan JPS Langkawi telah mengadakan Skrin Besar bertempat di Padang Permainan Kuarters JPS. Kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir membabitkan skuad bawah 23 tahun menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, di Jakarta.

Penonton terdiri dari staff JPS dan penduduk kampung berdekatan. Bahang kegembiraan dikongsi bersama apabila Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan penalti mengatasi Indonesia.

 

Lawatan Rasmi JPS Langkawi Ke JPS Sabah

Pada 20 hingga 23 Oktober 2011, JPS Langkawi telah mengadakan lawatan rasmi ke JPS Sabah yang terletak di Bangunan Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu. Lawatan yang diketuai oleh Tuan Jurutera Daerah Haji Abdul Najib Bin Abdullah beserta 12 kakitangan telah disambut mesra oleh Pengarah JPS Negeri Sabah sendiri iaitu Tuan Ir. Ng Chee Hing.

Ahli rombongan telah diberikan penerangan khusus mengenai organisasi dan sejarah jabatan serta fungsi dan peranan JPS di Negeri Sabah. Ahli rombongan juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pegawai-pegawai JPS di negeri bawah bayu.

Setinggi ucapan penghargaan terima kasih buat seluruh warga JPS Negeri Sabah yang telah menyambut serta melayan mesra kehadiran kami dari JPS Daerah Langkawi.

Ar

as.


   

Halaman 1 dari 21

JPS CareLine

Siapa di Talian

Kita ada 5 tetamu di talian

Statistik Laman

Ahli : 17
Kandungan : 99
Pautan Web : 30
Capaian Kandungan : 97701

Dari Gunung Raya

Kakitangan Kami