Pengertian Logo JPS PDF Cetak E-mel
Rabu, 14 Oktober 2009 05:00
Sejarah

1932: Di awal penubuhan, kami dikenali sebagai Jabatan Parit dan Taliair (JPT) atau dalam versi Inggerisnya ketika itu sebagai Drainage and Irrigation Department (DID).

1989: Nama jabatan diubah kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejajar dengan tugas dan tanggung jawab yang lebih meluas di bidang pengairan, saliran dan kejuruteraan sungai. Versi Inggerisnya bertukar kepada Department of Irrigation and Drainage mengekalkan akronim DID yang asal.

1992: Logo jabatan ditukar dan digunakan hingga sekarang dengan reka bentuk yang melambangkan penstrukturan semula di dalam objektif, bidang kuasa, urusan teras, nilai kerja, misi dan wawasan jabatan yang kini merangkumi Kejuruteraan Pantai dan Penilaian Sumber Air.

Logo JPT Logo lama JPS Logo baru JPS

Pengertian

Lima jalur gelombang yang mengalun membawa pengertian pancadarma JPS iaitu Pengairan, Saliran, Kejuruteraan Sungai, Kejuruteraan Pantai dan Penilaian Sumber Air.

Bentuk gelombang menggambarkan Jabatan yang dinamik, sentiasa bersedia dan bersemangat, sehaluan arus menuju kemajuan, mara tanpa mengenal kecewa, tidak rela menyerah dan menyempurnakan perkhidmatan cemerlang.

Alunan hamparan kebiru-biruan yang akhirnya bercantum sebati menjadi lelangit serba hijau menggambarkan kemajuan pertanian dan keindahan alam sekitar hasil penyatuan kejuruteraan dan alam semesta sehingga terolah persekitaran yang harmonis selaras dengan falsafah Air dan Persekitarannya, Warisanku.

 

Penafian


Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak bertanggung jawab ke atas ketepatan maklumat yang disediakan atau pun apa-apa kerosakan, kehilangan atau kecederaaan yang mungkin timbul daripada penggunaan laman web ini.

Sila baca Pernyataan Privasi dan Dasar Keselamatan kami dahulu.

Kakitangan Utama


JURUTERA DAERAH :
Nazri Hj Hamzah
PENOLONG JURUTERA :
Mat Jamil Yahaya
BAHAGIAN KORPORAT :
Roshidi Ismail
BAHAGIAN KEWANGAN :
Tan Cheng Swee
BAHAGIAN PENTADBIRAN :
Zarina Abd Hamid

Lokasi Pejabat


Aras 9, Bangunan Sultan Abd Halim
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

Telefon : 04-733 3433
Faksimili : 04-733 3764
E-mel : jpskspy@didkedah.gov.my

Laman Utama Profil Identiti Pengertian Logo JPS