Piagam Pelanggan PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 01 September 2009 21:00

KAMI BERJANJI akan:

  1. MEMBERI perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, perlaksanaan dan pengurusan program serta projek pengairan, saliran, kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai, hidrologi dan sumber-sumber air.
  2. MEMBERI perkhidmatan yang berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan yang kukuh dengan mengambil kira keperluan ekonomik dan sosial.

 

PENGAIRAN


KAMI BERJANJI akan :

  1. MEMPASTIKAN agar sistem pengairan di kawasan-kawasan perkhidmatan senantiasa berfungsi dengan berkesan.
  2. MEMBEKAL air yang mencukupi mengikut jadual yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan penanaman padi dan lain-lain tanaman. Memberi notis kepada petani selewat-lewatnya 1 minggu sebelum meminda jadual bekalan air jika berlaku kemarau atau kerana sebab-sebab lain.
  3. MEMBERI respons dalam tempoh 48 jam ke atas aduan mengenai masalah pengairan, dan mengambil tindakan susulan dengan secepat-mungkin untuk memulihkan keadaan.
  4. MENJALANKAN pembaikan kecemasan ke atas kemudahan-kemudahan penting dalam tempoh 48 jam daripada berlakunya kerosakan untuk memulihkan keadaan.
  5. MEMBERI nasihat dan ulasan teknikal dalam tempoh 3 minggu ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan pengairan.

 

SALIRAN


KAMI BERJANJI akan :

  1. MEMPASTIKAN agar sistem saliran di kawasan-kawasan perkhidmatan senantiasa berfungsi dengan berkesan.
  2. MEMBERI respons dalam tempoh 24 jam ke atas aduan mengenai masalah saliran, dan mengambil tindakan susulan dengan secepat-mungkin untuk mengawal keadaan.
  3. MENJALANKAN pembaikan kecemasan ke atas kemudahan-kemudahan penting dalam tempoh 48 jam daripada berlakunya kerosakan untuk memulihkan keadaan.
  4. MEMBERI nasihat dan ulasan teknikal dalam tempoh 3 minggu ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan saliran.

 

KEJURUTERAAN SUNGAI


KAMI BERJANJI akan :

  1. MEMULIHARA sungai agar ia memiliki keupayaan hidraulik yang berkesan untuk mengurangi banjir.
  2. MEMBERI respons dalam tempoh 48 jam ke atas aduan mengenai masalah sungai, dan mengambil tindakan susulan dengan secepat-mungkin untuk mengawal keadaan.
  3. MENJALANKAN pembaikan kecemasan ke atas kemudahan-kemudahan penting dalam tempoh 48 jam daripada berlakunya kerosakan untuk memulihkan keadaan.
  4. MEMBERI nasihat dan ulasan teknikal dalam tempoh 3 minggu ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kejuruteraan sungai.

 

HIDROLOGI DAN SUMBER AIR


KAMI BERJANJI akan :

  1. MEMBEKAL data dan maklumat hidrologi yang berkualiti lagi mencukupi dalam tempoh 1 minggu.
  2. MEMBERI nasihat dan ulasan teknikal dalam tempoh 4 minggu ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan hidrologi.
Terakhir Dikemaskini Pada Rabu, 14 Oktober 2009 01:38
 
Halaman Utama Piagam | Pelanggan