Halaman Utama
Feb 06
Isnin
  • Aspek Alam Sekitar

    Pantai yang bersih dan selamat, sungai dan koridornya dengan lanskap semulajadi atau buatan yang indah. Pemuliharaan yang menghasilkan kualiti air yang boleh diterima dalam laluan air dan menggalakkan percambahan hidupan akuatik di sungai, tasik dan laut.

  • Air Sebagai Satu Sumber

    Operasi, penyelenggaraan dan kajian melalui indeks kualiti air, kejadian pencemaran dan tempoh water stress memastikan air yang boleh didapati dalam bentuk kualiti dan kuantiti yang dikehendaki untuk bekalan air, kehidupan akuatik, riadah dan pelayaran.

  • Harta Benda dan Nyawa

    Kuala sungai yang selamat dan boleh dilalui. Kawasan berpenduduk yang bebas dari banjir kilat. Zon pantai yang bebas dari pencemaran air masin, pesisiran pantai yang bebas dari hakisan, kesan negatif dari pembangunan tidak mapan dan habitat semulajadi yang dipelihara.

  • Pengeluaran Makanan

    Membangunkan infrastruktur serta mengurus, menyelenggara, menjalankan, dan memodenkan sistem pengairan untuk memastikan setiap kawasan pertanian dari sawah padi, tanaman selain padi, tanaman kekal hingga penternakan mendapat kemudahan pengurusan air.

  • Kemudahan Asas

    Selain daripada menjadi tempat mencari rezeki dari hasil tangkapan hidupan akuatik untuk dijadikan makanan, sungai juga menjadi laluan pengangkutan untuk menghubungkan sesama manusia dalam urusan sosial, pendidikan dan perniagaan.

  • Kesinambungan Hidup

    Air adalah satu sumber anugerah Tuhan yang perlu sama-sama dijaga kerana ia adalah keperluan setiap penghuni Bumi tidak kira manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Manusia adalah kumpulan yang paling banyak menggunakan air dan meraka juga yang menyebabkan pencemaran.

Ucapan Raya

JPS CareLine

Log Masuk

Siapa di Talian

Kita ada 2 tetamu di talian

Statistik Laman

Ahli : 2
Kandungan : 43
Pautan Web : 22
Capaian Kandungan : 24303

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini18
mod_vvisit_counterMinggu Ini18
mod_vvisit_counterBulan Ini109

Laman Berkaitan

Audio JPS

Klik untuk memaparkan pemain audio dan mendengar lagu-lagu berikut:

Misi/Visi

Misi dan Wawasan

MISI kami ialah untuk memberikan perkhidmatan cemerlang di dalam pembangunan dan pengurusan pengairan, saliran, sungai, zon pantai, hidrologi dan sumber air sebagai sumbangan kepada kemajuan pertanian, peningkatan kualiti penduduk dan pemulihan alam sekitar.

WAWASAN kami ialah untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia menjelang tahun 2010.

Nilai Teras

Nilai-Nilai Teras

Melakukan kerja yang Betul, dan melakukannya dengan Betul dalam cara yang berteraskan:
~ KUALITI
~ INTEGRITI dan
~ PRIHATIN.

Objektif

Objektif

OBJEKTIF kami adalah untuk membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang tidak berupaya dilaksanakan bersendirian oleh golongan sasaran serta menjamin pembangunan penggunaan tanah secara optimum dan pengurusan sumber air negara yang lebih cekap.

Kualiti

Dasar Kualiti

JPS Kubang Pasu/Padang Terap adalah komited terhadap budaya kerja cemerlang yang menjurus ke arah usaha penambahbaikan secara berterusan demi kepuasan hati pelanggan dan kakitangan.

Identiti

Identiti Jabatan

Logo baru ini digunakan sejak 1992 setelah ditukar untuk melambangkan penstrukturan semula di dalam objektif, bidang kuasa, urusan teras, nilai kerja, misi dan wawasan baru jabatan.

Lagi berkenaan identiti jabatan

Banjir di Padang Terap/Kubang Pasu PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Zulkifli Othman   
Ahad, 07 November 2010 18:30

Hujan lebat yang turun selama 3 hari bermula 29/10/2010 - 1/11/2010 telah menyebabkan berlakunya banjir yang besar bagi kedua -dua daerah.

Bagi Daerah Pdg. Terap Lebih 2000 orang telah dipindahkan

Bagi Daerah Kubang Pasu lebih kurang 1800 orang telah dipindahkan.

Pejabat JPS Kubang Pasu/Pdg. Terap telah dimasukki air sedalam 0.6m

 
Majlis Jamuan Hari Raya PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Zulkifli Othman   
Rabu, 06 Oktober 2010 18:34

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kubang Pasu/Padang Terap telah diadakan pada 14 Syawal 1431H bersamaan 23 September 2010 di Dewan Utama, Pejabat Daerah Kubang Pasu. Sebanyak 300 orang anggota JPS bersama keluarga telah hadir di majlis ini.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 06 Oktober 2010 18:51
 
Sumbangan Hari Raya KSK PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Zul Othman   
Selasa, 07 September 2010 16:33

Seperti lazimnya setiap tahun Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Kubang Pasu/Padang Terap akan mengadakan majlis Sumbangan Hari Raya yang dikelolakan oleh Biro Kebajikan dan dipengerusikan oleh En. Sharizan Senawi. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi Kelab iaitu Tuan Haji Osman bin Mamat, Jurutera Daerah pada 27 Ramadhan 1431H bersamaan 6 September 2010 di Bilik Mesyuarat JPS Kubang Pasu/Padang Terap.

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 07 September 2010 16:47
Gambar Acara...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 Seterusnya > Tamat >>

Halaman 1 dari 7
Halaman Utama