![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||
September 6, 2010. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1431Sudah hampir sebulan kita mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan al-Mubarak, saya di sini ingin memuhasabah diri saya dan bersama semua anggota JPS Kubang Pasu/Padang Terap; apakah Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas. Terdetik hati, Ramadan hampir melabuh tirainya dan apakah kita berjumpa lagi Ramadan akan datang? Syawal akan muncul menanda kemenangan ke atas ibadah yang dilakukan. Sempena menyambut Syawal 1431 ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI. Dengan menyusun sepuluh jari saya ingin memohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua anggota JPS Kubang Pasu/Padang Terap khususnya, dan JPS Kedah amnya. Bagi mereka yang hendak pulang ke kampung halaman masing-masing pandulah kenderaan dengan cermat; ingat yang tersayang. Terima kasih. Ir. Haji Osman Mamat, |
||||||