Halaman Utama
Sep 09
Khamis
  • Aspek Alam Sekitar

    Pantai yang bersih dan selamat, sungai dan koridornya dengan lanskap semulajadi atau buatan yang indah. Pemuliharaan yang menghasilkan kualiti air yang boleh diterima dalam laluan air dan menggalakkan percambahan hidupan akuatik di sungai, tasik dan laut.

  • Air Sebagai Satu Sumber

    Operasi, penyelenggaraan dan kajian melalui indeks kualiti air, kejadian pencemaran dan tempoh water stress memastikan air yang boleh didapati dalam bentuk kualiti dan kuantiti yang dikehendaki untuk bekalan air, kehidupan akuatik, riadah dan pelayaran.

  • Harta Benda dan Nyawa

    Kuala sungai yang selamat dan boleh dilalui. Kawasan berpenduduk yang bebas dari banjir kilat. Zon pantai yang bebas dari pencemaran air masin, pesisiran pantai yang bebas dari hakisan, kesan negatif dari pembangunan tidak mapan dan habitat semulajadi yang dipelihara.

  • Pengeluaran Makanan

    Membangunkan infrastruktur serta mengurus, menyelenggara, menjalankan, dan memodenkan sistem pengairan untuk memastikan setiap kawasan pertanian dari sawah padi, tanaman selain padi, tanaman kekal hingga penternakan mendapat kemudahan pengurusan air.

  • Kemudahan Asas

    Selain daripada menjadi tempat mencari rezeki dari hasil tangkapan hidupan akuatik untuk dijadikan makanan, sungai juga menjadi laluan pengangkutan untuk menghubungkan sesama manusia dalam urusan sosial, pendidikan dan perniagaan.

  • Kesinambungan Hidup

    Air adalah satu sumber anugerah Tuhan yang perlu sama-sama dijaga kerana ia adalah keperluan setiap penghuni Bumi tidak kira manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Manusia adalah kumpulan yang paling banyak menggunakan air dan meraka juga yang menyebabkan pencemaran.

Ucapan Raya

JPS CareLine

Log Masuk

Siapa di Talian

Kita ada 1 tetamu di talian

Statistik Laman

Ahli : 1
Kandungan : 40
Pautan Web : 22
Capaian Kandungan : 12792

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini16
mod_vvisit_counterMinggu Ini78
mod_vvisit_counterBulan Ini168

Laman Berkaitan

Audio JPS

Klik untuk memaparkan pemain audio dan mendengar lagu-lagu berikut:

Misi/Visi

Misi dan Wawasan

MISI kami ialah untuk memberikan perkhidmatan cemerlang di dalam pembangunan dan pengurusan pengairan, saliran, sungai, zon pantai, hidrologi dan sumber air sebagai sumbangan kepada kemajuan pertanian, peningkatan kualiti penduduk dan pemulihan alam sekitar.

WAWASAN kami ialah untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia menjelang tahun 2010.

Nilai Teras

Nilai-Nilai Teras

Melakukan kerja yang Betul, dan melakukannya dengan Betul dalam cara yang berteraskan:
~ KUALITI
~ INTEGRITI dan
~ PRIHATIN.

Objektif

Objektif

OBJEKTIF kami adalah untuk membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang tidak berupaya dilaksanakan bersendirian oleh golongan sasaran serta menjamin pembangunan penggunaan tanah secara optimum dan pengurusan sumber air negara yang lebih cekap.

Kualiti

Dasar Kualiti

JPS Kubang Pasu/Padang Terap adalah komited terhadap budaya kerja cemerlang yang menjurus ke arah usaha penambahbaikan secara berterusan demi kepuasan hati pelanggan dan kakitangan.

Identiti

Identiti Jabatan

Logo baru ini digunakan sejak 1992 setelah ditukar untuk melambangkan penstrukturan semula di dalam objektif, bidang kuasa, urusan teras, nilai kerja, misi dan wawasan baru jabatan.

Lagi berkenaan identiti jabatan

Sumbangan Hari Raya KSK PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Zul Othman   
Selasa, 07 September 2010 16:33

Seperti lazimnya setiap tahun Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Kubang Pasu/Padang Terap akan mengadakan majlis Sumbangan Hari Raya yang dikelolakan oleh Biro Kebajikan dan dipengerusikan oleh En. Sharizan Senawi. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi Kelab iaitu Tuan Haji Osman bin Mamat, Jurutera Daerah pada 27 Ramadhan 1431H bersamaan 6 September 2010 di Bilik Mesyuarat JPS Kubang Pasu/Padang Terap.

Terakhir Dikemaskini Pada Selasa, 07 September 2010 16:47
Gambar Acara...
 
Iftar dan Tazkirah PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Zulkifli Othman   
Jumaat, 03 September 2010 16:11


Majlis Berbuka Puasa dan Tazkirah telah di adakan pada 20 Ramadhan 1431 bersamaan 30 Ogos 2010 di Masjid Sharifah Fatimah, Kemunting, dengan tazkirahnya disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zamri dari Mahaad Tahfiz, Derang. Majlis anjurn Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Kubang Pasu / Padang Terap dengan kerjasama AJK masjid berkenaan ini telah dihadiri oleh anggota JPS Kubang Pasu / Padang Terap bersama jemaah dan anak-anak khariah.

Terakhir Dikemaskini Pada Selasa, 07 September 2010 17:01
Baca lagi...
 
Ceramah Agama PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Zulkifli Othman   
Isnin, 02 Ogos 2010 17:45



Ceramah bersempena Israk Mikraj, Nisfu Syaaban dan menyambut Ramadhan al-Mubarak telah diadakan pada hari Isnin, 14 Syaaban 1431 Hijriah bersamaan 26 Julai 2010, di bilik mesyuarat JPS KPPT dan dihadiri seramai 45 orang kakitangan. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Abu Khair bin Ayub dari Mahaad Tahfiz Derang, Bukit Pinang, Kedah. Semoga kita mendapat berkat dari ceramah ini.

Terakhir Dikemaskini Pada Selasa, 07 September 2010 17:05
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 Seterusnya > Akhir >>

Halaman 1 dari 6
Halaman Utama