Halaman Utama
Mac 11
Khamis
  • Aspek Alam Sekitar

    Pantai yang bersih dan selamat, sungai dan koridornya dengan lanskap semulajadi atau buatan yang indah. Pemuliharaan yang menghasilkan kualiti air yang boleh diterima dalam laluan air dan menggalakkan percambahan hidupan akuatik di sungai, tasik dan laut.

  • Air Sebagai Satu Sumber

    Operasi, penyelenggaraan dan kajian melalui indeks kualiti air, kejadian pencemaran dan tempoh water stress memastikan air yang boleh didapati dalam bentuk kualiti dan kuantiti yang dikehendaki untuk bekalan air, kehidupan akuatik, riadah dan pelayaran.

  • Harta Benda dan Nyawa

    Kuala sungai yang selamat dan boleh dilalui. Kawasan berpenduduk yang bebas dari banjir kilat. Zon pantai yang bebas dari pencemaran air masin, pesisiran pantai yang bebas dari hakisan, kesan negatif dari pembangunan tidak mapan dan habitat semulajadi yang dipelihara.

  • Pengeluaran Makanan

    Membangunkan infrastruktur serta mengurus, menyelenggara, menjalankan, dan memodenkan sistem pengairan untuk memastikan setiap kawasan pertanian dari sawah padi, tanaman selain padi, tanaman kekal hingga penternakan mendapat kemudahan pengurusan air.

  • Kemudahan Asas

    Selain daripada menjadi tempat mencari rezeki dari hasil tangkapan hidupan akuatik untuk dijadikan makanan, sungai juga menjadi laluan pengangkutan untuk menghubungkan sesama manusia dalam urusan sosial, pendidikan dan perniagaan.

  • Kesinambungan Hidup

    Air adalah satu sumber anugerah Tuhan yang perlu sama-sama dijaga kerana ia adalah keperluan setiap penghuni Bumi tidak kira manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Manusia adalah kumpulan yang paling banyak menggunakan air dan meraka juga yang menyebabkan pencemaran.

JPS CareLine

Log Masuk

Siapa di Talian

Kita ada 1 tetamu di talian

Statistik Laman

Ahli : 1
Kandungan : 32
Pautan Web : 22
Capaian Kandungan : 7272

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini2
mod_vvisit_counterMinggu Ini42
mod_vvisit_counterBulan Ini123

Laman Berkaitan

Audio JPS

Klik untuk memaparkan pemain audio dan mendengar lagu-lagu berikut:

Misi/Visi

Misi dan Wawasan

MISI kami ialah untuk memberikan perkhidmatan cemerlang di dalam pembangunan dan pengurusan pengairan, saliran, sungai, zon pantai, hidrologi dan sumber air sebagai sumbangan kepada kemajuan pertanian, peningkatan kualiti penduduk dan pemulihan alam sekitar.

WAWASAN kami ialah untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia menjelang tahun 2010.

Nilai Teras

Nilai-Nilai Teras

Melakukan kerja yang Betul, dan melakukannya dengan Betul dalam cara yang berteraskan:
~ KUALITI
~ INTEGRITI dan
~ PRIHATIN.

Objektif

Objektif

OBJEKTIF kami adalah untuk membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang tidak berupaya dilaksanakan bersendirian oleh golongan sasaran serta menjamin pembangunan penggunaan tanah secara optimum dan pengurusan sumber air negara yang lebih cekap.

Kualiti

Dasar Kualiti

JPS Kubang Pasu/Padang Terap adalah komited terhadap budaya kerja cemerlang yang menjurus ke arah usaha penambahbaikan secara berterusan demi kepuasan hati pelanggan dan kakitangan.

Identiti

Identiti Jabatan

Logo baru ini digunakan sejak 1992 setelah ditukar untuk melambangkan penstrukturan semula di dalam objektif, bidang kuasa, urusan teras, nilai kerja, misi dan wawasan baru jabatan.

Lagi berkenaan identiti jabatan

Korban dan Aqiqah PDF Cetak E-mel
Sabtu, 28 November 2009 00:00

Sempena menyambut Hari Raya Korban, kakitangan JPS Kubang Pasu/Padang Terap telah mengadakan majlis penyembelihan korban dan aqiqah pada hari raya kedua, 28hb November 2009. Kakitangan yang terlibat ialah En. Aliasyar, En. Shahbudin, En. Ahmad Kamruddin, Tuan Hj. Jamil Hat, En. Osman dan En. Mohd. Irwan.

Upacara Sembelih Gotong-royong Daging Untuk Diagih

Terakhir Dikemaskini Pada Sabtu, 13 Februari 2010 18:59
 
Selamat Mengerjakan Ibadah Haji PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 10 November 2009 14:50

Tuan Jurutera Daerah JPS Kubang Pasu/Padang Terap, En. Osman Mamat, akan bercuti mulai hari ini, 10 November 2009, untuk mengerjakan ibadah haji di Makkah al-Mukaramah. Seluruh warga kerja JPS Kubang Pasu/Padang Terap mengucapkan kepada En.Osman semoga selamat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan sama-sama berdoa agar dikurniakan haji yang mabrur.

Sepanjang ketiadaan En. Osman, tugas-tugas beliau akan disandang oleh Puan Hajjah Nooraini Md Isa.

Terakhir Dikemaskini Pada Rabu, 18 November 2009 19:59
 
Banjir di Kubang Pasu PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 10 November 2009 15:52

Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap telah mengalami banjir baru-baru ini berikutan hujan lebat yang berterusan. Kakitangan teknikal JPS Kubang Pasu/Padang Terap telah berada di kawasan-kawasan kejadian siang dan malam untuk memantau keadaan dan membantu jika perlu.

Berikut adalah gambar-gambar di kawasan berdekatan pejabat JPS Kubang Pasu/Padang Terap yang di ambil pada hari Ahad, 8 November 2009, sehari selepas kejadian yang menunjukkan keadaan yang semakin pulih apabila air mulai surut. Klik gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

Terusan Utara :: di hadapan pejabat JPS Sungai Bata :: air masih melimpahi tebing Sungai Bata :: arus deras yang membahayakan Tenggelam :: sebuah rumah di tepi Sg Bata Mulai Surut :: jalan kampung sudah boleh digunakan Sawah Hilang :: sawah yang kini menjadi tasik

TERKINI
Kawasan-kawasan rendah di daerah ini telah dilanda banjir sekali lagi pada 13 November 2009 berikutan hujan lebat pada hari sebelumnya. Keadaan banjir dipantau oleh setesen-stesen banjir JPS di Bukit Kayu Hitam dan di Kuala Nerang.

Terakhir Dikemaskini Pada Rabu, 18 November 2009 19:58
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 Seterusnya > Akhir >>

Halaman 1 dari 4
Halaman Utama