WAWASAN
Menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia menjelang tahun 2010.


WAWASAN MENUJU KEARAH JABATAN
BERTARAF DUNIA MENJELANG 2010.

Sesuai dengan wawasan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
iaitu untuk 
" Menjadikan Satu Jabatan Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2010 ",
JPS Kedah begitu komited menjalankan kerja-kerja menyediakan
perkhidmatan cemerlang dalam bidang Pengairan, Saliran, 
Kejuruteraan Sungai dan Pantai, Hidrologi dan pengurusan
serta pembangunan sumber air yang akan menyumbang ke arah
pembaikan sektor pertanian, kualiti kehidupan dan persekitaran. 
Dalam usaha untuk memperolehi persijilan MS-ISO9000,
JPS Kedah telah mengorak langkah dengan projek perintis yang
dilaksanakan oleh bahagian perkhidmatan mekanikal di Sungai Petani 
dan juga bahagian-bahagian yang lainnya. Disamping itu,
JPS Kedah akan mengemukakan satu lagi 
projek berkaitan dengan hidrologi bagi maksud persijilan MS-ISO9000.
Program-program kualiti seperti persijilan MS-ISO9000, KMK dan
inovasi akan terus diberikan penekanan yang penting 
oleh Jabatan demi kepentingan Perkhidmatan Awam dan Rakyat.

WAWASAN JPS
Ke arah Kecemerlangan Dalam Perancangan,
Pembangunan dan Pengurusan Sumber Air Negara
Demi Mencapai Petumbuhan Pertanian dan Sosio Ekonomi
yang Mapan Selaras Dengan Wawasan Negara.

PERNYATAAN MISI.
Memberi khidmat yang cekap, berkesan dan berkualiti melalui perancangan,
perlaksanaan dan pengurusan kerja-kerja dan kemudahan-kemudahan.
Pengairan.
Saliran.
Kejuruteraan sungai.
Kejuruteraan pantai.
Interaksi serta hubungan erat dengan jabatan/agensi-agensi lain.
Dan juga orang ramai.
Demi mencapai pembangunan negara yang berkekalan.

OBJEKTIF.
Menyedia dan membekal perkhidmatan kejuruteraan yang tidak
berupaya dlaksankan oleh golongan sasaran persendirian dan seterusnya
menjamin pembangunan penggunaan tanah 
secara optimum dan pengurusan sumber air negara yang lebih cekap.

MISI
Memberikan perkhidmatan cemerlang dalam pembangunan dan pengurusan
pengairan, Saliran, Zon Pantai, Hidrologi, dan sumber air sebagai
sumbangan kepada kemajuan sektor pertanian , peningkatan
kualiti hidup penduduk dan pemuliharaan alam sekitar.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
NEGERI KEDAH
JPS telah diamanahkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi
Pengairan, Saliran,Kejuruteraan Sungai, Kejuruteraan Pantai,
Hidrologi dan Khidmat Sokongan untuk mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

PENGAIRAN
Di bawah fungsi pengairan, JPS dipertanggungjawabkan
untuk merancang mereka bentuk, membina skim-
skim pengairan untuk pembangunan pertanian
di peringkat negeri. Di samping itu, JPS juga mengendalikan
dan menyelenggara prasarana asas pengairan dan saliran
untuk 74 skim pengairan seluas 16, 606 hektar di Negeri Kedah.


SALIRAN
Fungsi-fungsi JPS meliputi saliran pertanian dan saliran bandar.
a. Saliran pertanian bertanggungjawab untuk merancang dan
mereka bentuk projek-projek saliran untuk memenuhi keperluan
pembangunan tanaman kekal dan komersil yang bertujuan
meningkatkan Pembangunan Ekonomi Negara.
b. Saliran Bandar bertanggunjawab untuk menyediakan kajian
dan pelan induk saliran bandar, merancang, mereka bentuk,
melaksana dan mengurus sistem saliran bandar.

KEJURUTERAAN SUNGAI
Kerja-kerja pemuliharaan dan pemliharaan sungai adalah
tanggungjawab JPS sejak ia ditubuhkan dalam tahun 1932
Peranan ini bertambah ketara berikutan bencana banjir besar
yang melanda negara pada tahun 1971
JPS dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program
tebatan banjir  yang menyeluruh melibatkan kerja-
kerja pembinaan empangan-empangan,
pemuliharaan sungai dan memperbaiki sungai, dan
memperbaiki parit utama yang antara lain untuk menebat banjir
dikawasan bandar dan di luar bandar. JPS juga turut
membantu pihak berkuasa tempatan menentukan agar kerja-
kerja pembangunan persekitaran sungai lebih mesra alam
dengan memberikan perhatian kepada aspek pemeliharaan
sumber air, kehidupan air dan kawasan rekreasi.


KEJURUTERAAN PANTAI
Fungsi kejuruteraan pantai JPS telah diwujudkan dalam tahun
1986 dan bertanggungjawab untuk merancang serta
mereka bentuk dan melaksanakan prasarana kawalan
hakisan pantai dan membaiki muara-muara sungai
Selain daripada itu, bahagian ini juga melaksanakan
program pengumpulan serta penyebaran dan penganalisaan
data-data berhubung dengan kejuruteraan pantai
Fungsi ini membolehkan JPS bertindak sebagai pihak yang
bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengawalan pantai.

HIDROLOGI
Fungsi hidrologi, JPS Kedah bertanggungjawab untuk
memungut, mengumpul, menyemak, memproses, menganalisa
dan menyebar data-data dan maklumat hidrologi untuk menafsir,
menilai pembangunan dan pengurusan sumber air
Keperluan sumber data hidrologi yang tepat menjadi
lebih penting dengan perkembangan ekonomi negara yang
pesat dan bertambahnya penduduk sesebuah negara.
Pengurusan sumber air negara yang mapan serta perancangan
prasarana sumber air memerlukan peranan mantap
bahagian hidrologi.
Ini adalah untuk menjamin pembangunan 
dan pengurusan sumber air antara lain bertujuan untuk
menjamin agar pembangunan negara dapat berjalan secara
berterusan. JPS Kedah dengan bantuan Bahagian Hidrologi,
Ibu Pejabat JPS Malaysia, 
telah membangunkan sistem ramalan dan amaran banjir.
Sistem ini telah dapat membantu dalam usaha kerajaan
mengurangkan kerosakan akibat banjir dan operasi pemindahan
penduduk-penduduk di kawasan yang di landa banjir.


KHIDMAT SOKONGAN
Menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam untuk
Jabatan-Jabatan Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian.

Perkhidmatan Sokongan yang diberikan
meliputi perkara-perkara berikut:
a. Perkhidmatan mekanikal.
b. Perkhidmatan Pakar. 
c. Perkhimatan Ukur Bahan.
Dengan pembangunan yang pesat di Negeri Kedah,
tugas JPS Kedah telah meningkat untuk memproses
berbagai-bagai permohonan tanah untuk projek-projek
perumahan, komersial, perindustrian, penswastaan,
rekreasi dan pelancaongan serta pertanian.
Ini merupakan suatu fungsi dan tugas 
yang amat penting bagi JPS Kedah.