PANCADARMA JPS
Bentuk gelombang menggambarkan Jabatan yang dinamik
sentiasa bersedia dan bersemangat demi Menjayakan Perkhidmatan Sempurna,Lima
jalur gelombang melambangkan fungsi-fungsi Pengairan,Saliran,Kejuruteraan
Sungai, Kejuruteraan Pantai dan Penilaian Sumber Air. Warna adalah gabungan
persekitaran pertanian dan kejuruteraan sehingga terolah falsafah "Air dan
Persekitarannya,Warisanku".
Wawasan
Menjadi Sebuah Organisasi Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2010 Misi Memberi
Perkhidmatan Cemerlang dalam pembangunan dan pengurusan pengairan, saliran,
sungai, zon pantai, hidrologi dan sumber air sebagai sumbangan kepada :-
* Kemajuan sektor pertanian
* Peningkatan kualiti hidup penduduk
* Pemulihan alam sekitar
Dasar Kualiti
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia adalah komited terhadap budaya kerja
cemerlang yang menjurus ke arah usaha penambahbaikan secara berterusan untuk
menjamin kepuasan hati pelanggan dan kakitangan
Nilai-nilai Koporat JPS
Nilai-nilai koporat JPS mengambilkira dua aspek utama iaitu perkhidmatan
yang ingin dihasilkan oleh Jabatan dan nilai-nilai kemanusiaan yang perlu
dimiliki oleh setiap kakitangan:
* Kualiti (quality)
* Integriti (integrity)
* Prihatin (caring)
Kualiti
Kualiti boleh ditakrifkan sebagai memenuhi kehendak-kehendak pelanggan yang
boleh diterjemahkan kepada standard-standard kecemerlangan yang ditetapkan.
Integriti
Boleh ditakrifkan sebagi jujur, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
Setiap tugasan adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Prihatin
Boleh ditakrifkan sebagai bertimbangrasa , penyayang dan mempunyai perasaan
ke atas orang lain. Setiap orang mempunyai perasaan yang perlu dihormati oleh
orang lain.