SKIM  PENGAIRAN
PEKULA

SPP - MK - 4.3.3
MANUAL KUALITI
TARIKH KUAT KUASA  : 01.07.2007
EMS ISO 14001 : 2004
SKIM PENGAIRAN PEKULA

POLISI ALAM SEKITAR
JPS Kuala Muda/Sik/Baling adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang mematuhi kehendak perundangan yang berkaitan Alam Sekitar dan lain-lain kehendak yang berkaitan. Kami juga akan berusaha untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan, mencegah pencemaran serta menilai semua objektif dan sasaran dari masa ke semasa melalui :

(a) Penagurangan pencemaran dengan mematuhi kehendak undang-undang dan lain-lain kehendak yang dipersetujui yang berkaitan dengan aspek Alam Sekitar.

(b) Penjimatan penggunaan sumber-sumber asli iaitu bekalan air ke sawah dan tenaga letrik yang tidak dapat dijana semula.

(c) Penilaian dan pengawalan petunjuk-petunjuk ekologi Alam Sekitar melalui kehadiran burung dari luar kawasan Skim iaitu bu.rung Tampong Baju dan tumbuhan hutan nipah serta algae di dalam terusan.

Polisi ini akan disebarkan kepada semua staf dalaman yang terlibat dengan ISO. Sebaran kepada pembekal, pemborong. pelanggan dan orang awam dibuat melalui laman web dan sekiranya diminta.

Disediakan oleh:                                                                       Diluluskan oleh:


.................................................................                              …......................…………...……….
ZAINUDDIN BIN YUSOFF, AMP,.BCK                             Ab. Qahar Osman, Hj.
Jurutera Daerah                                                                        Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran                                                   Jabatan Pengairan dan Saliran
Daerah Kuala Muda/Sik/Baling                                                 Negeri Kedah Darul Aman.


OBJEKTIF, SASARAN DAN PROGRAM

JPSKMSB mewujudkan, melaksana dan menjaga objektif. sasaran dan program alam sekitar secara bertulis, pada kedudukan dan fungsi-fungsi yang berkaitan.

Objektif, sasaran dan program yang ditentukan boleh diukur mengikut keadaan yang praktikal dan selaras dengan polisi alam sekitar termasuk iltizam untuk mencegah pencemaran. pematuhan kepada perundangan dan lain-lain kehendak yang dipersetujui untuk kemajuan berterusan.

Sewaktu menetap dan mengkaji semula objektif dan sasaran JPSKMSB akan mengambilkira keperluan perundangan dan lain-lain kehendak yang dipersetujui dan aspek alam sekitar yang ketara. JPSKMSB juga mempertimbangkan pilihan teknologi, kewangan dan kehendak operasi serta pendapat pihak yang berkepentingan.

JPSKMSB mewujud, melaksana dan menjaga program-program untuk mencapai objektif dan sasaran.

Program adalah merangkumi:

a) Tanggungjawab pada kedudukan dan fungsi yang berkaitan bagi mencapai objektif dan sasaran.
b) Pemantauan program alam sekitar yang akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan ianya berjalan lancar demi mencapai objektif dan sasaran.
       (i)  Program jangka pendek
       (ii) Program jangka panjang
c) Pemantauan ini juga, dibuat dengan mengambilkira aspek penambahbaikan yang berterusan dan hasil kemajuannya akan dilapor dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Dalam menentukan objektif, sasaran dan program, JPSKMSB telah menetapkan seperti berikut :

Objekfif 1 :
Pengurangan pencemaran dengan mematuhi kehendak undang-undang dan lain-lain kehendak yang dipersetujui dan berkaitan dengan aspek alam sekitar terhadap kualiti air dan tanah serta sentiasa melaksanakan usaha penambahbaikan berterusan bagi :

a. Membekalkan kualiti air yang sesuai untuk tanaman padi dengan memantau dan menilai parameter-parameter kualiti air mengikut jadual yang ditetapkan.
b. Memastikan air yang dibuang dari Skim Pengairan Pekula tidak memberi impak yang ketara kepada alam sekitar.
c. Memastikan pengambilan air dari Sungai Muda tidak memberi impak yang ketara kepada alam sekitar dan lain-lain pengguna.
d. Memastikan sisa dari kerja penyelenggaraan dan botol-botol racun tidak dibuang di merata tempat.
e. Mengawal kesan bunyi di rumah pam ke tahap yang dibenarkan..

Sasaran

a. Mengekalkan kualiti air pengairan yang dibekalkan pada tahap kelas III.
b. Mengekalkan kualiti air yang dibuang dari Skim Pengairan Pekula pada tahap kelas IV.
c. Tidak mengepam air dari Sungai Muda jika paras air di bawah 1.65 meter RL.
d. Sisa pokok ditebang perlu dilupuskan dari skim.

Program

a. Mengadakan kursus kesedaran/taklimat berkenaan sistem pengurusan alam sekitar kepada kakitangan yang terlibat dengan ISO secara berperingkat dan kepada petani melalui ketua¬-ketua unit.
b. Memasang papan tanda identifikasi kepada taliair dan parit dalam skim.

Objektif 2 :
Penjimatan sumber-sumber asli iaitu bekalan air ke sawah dan tenaga lektrik yang tidak dapat dijana semula.

a. Menjimatkan penggunaan sumber air melalui pengawalan tempoh perjalanan pam letrik seterusnya menjimatkan penggunaan tenaga letrik.
b. Membekal dan mengagihkan bekalan air yang mencukupi dan menepati jadual bekalan air sekiranya keadaan mengizinkan.

Sasaran

a. Menjimatkan penggunaan sumber air sebanyak 5% dengan mengawal tempoh perjalanan pam letrik menjelang tahun 2010.
b. Keseluruhan kawasan pengairan mencapai pratepuan tidak melebihi 30 hari (Jadual 1=15 hari ; Jadual 2=8 hari ; Jadual 3=7 hari) menjelang tahun 2012.
c. Mengekalkan keupayaan power factor (PF) berada di dalam julat 0.8 - 0.85

Program

a. Memberi kesedaran dan kesefahaman kepada kakitangan SPP yang terlibat dengan ISO tentang pentingnya penjagaan alam sekitar melalui :
       i.  Mesyuarat/taklimat/kursus
       ii. Lawatan sambil belajar (sekiranva ada peruntukan)
b. Memberi kesedaran dan kesefahaman kepada golongan sasaran (petani) melalui :
       i.  Perbincangan dengan PPK/KKU
       ii. Memasang papan tanda parit, taliair & sungai menjelang tahun 2008
c. Membuat penilaian keatas penggunaan tenaga letrik pada setiap musim.

Objektif 3 :
Penilaian dan pengawalan petunjuk-petunjuk ekologi alam sekitar melalui kehadiran burung dari luar kawasan skim iaitu burung tampung baju dan tumbuhan hutan nipah serta ‘algae' di dalam terusan.

a. Memastikan kehadiran burung dari luar kawasan skim iaitu burung tampung baju (Siberia) 
b. Memastikan kehidupan tumbuhan pokok nipah tidak pupus.
c. Memastikan pengawalan terhadap percambahan 'algae' didalam taliair.

Sasaran

a. Kehadiran burung Tampung Baju ( dari Siberia) dikekalkan.
b. Tumbuhan pokok nipah dipastikan tidak pupus akibat pencemaran.
c. Percambahan `algae' didalam taliair dengan pengawalan proses 'eutrophication' dikurangkan.

Program

a. Mengadakan taklimat kesedaran tentang kepentingan mewujudkan suasana yang ‘condusive’ bagi burung Tampung Baju kepada kakitangan secara berperingkat menjelang tahun 2009.
b. Taklimat tentang kesedaran pemeliharaan alam sekitar kepada petani-petani dan agensi pertanian menjelang tahun 2009.
c. Memohon kepada Jabatan Pertanian Daerah untuk mengkaji tentang proses 'eutrophication' yang berlaku didalam taliair di skim.