[Browser Iexplorer]
[ PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM... ]

Dari Abu Hamid R.A katanya


Rasulullah s.a.w telah berkhutbah dihadapan kami; setelah beliau memuji Allah dan menyanjungnya, berkatalah beliau " Amma ba`du, saya telah mengangkat seorang Pegawai Pengumpul Zakat ; orang ini datang membawa harta, seraya berkata "ini zakat, dan ini pemberian orang kepada saya" kata beliau pula : Jika benar begitu, mengapa dia bukan duduk-duduk saja dirumah ibu bapaknya sampai pemberian itu datang kepadanya; demi Allah ! Barang siapa diantaramu yang mengambil sesuatu dari zakat yang bukan haknya,nescaya ia akan menjumpai Allah ta`ala kelak dihari akhirat sambil mendukung barang yang telah dicuri itu. Disana nanti saya akan dikenal-benar kepada orang yang mendukung unta yang menguak-nguak,sapi yang melanguh-languh dan kambing mengembek-ngembek.
Hadith Sahih Muslim m.s 101 jilid 3 hadis no. 1123


 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM

( KELAKUAN DAN TATATERTIP ) 1993

[ Pemberian rakyat kepada pegawai negeri hukumnya haram walaupun dengan seribu dalih ]

[ BURUK SANGKA... ]

Menjauhi Buruk Sangka dan Mencari-cari Kesalahan Orang Lain

Oleh: Syaikh Abdul Muhsin Bin Hamd Al-'Abbad Al-Badr

Allah telah berfirman di dala surah Al-Hujurat:12
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus ialah mencari-cari kesalahan atau kejelekan orang lain, yang biasanya merupakan efek dari prasangka yang buruk.

Rasulullah saw bersabda:

"Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah seduta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara". [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari hadits no. 6064 dan Muslim hadits no. 2563]

Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang biografinya bisa kita dapatkan dalam kitab Tahdzib At-Tahdzib berkata: "Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu".

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata dalam kitab Raudhah Al-'Uqala (hal.131), "Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri dan melupakan kejelekan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa capai. Setiap kali dia melihat kejelekan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat kejelekan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan kejelekan orang lain dan melupakan kejelekannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan kejelekan dirinya".

Beliau juga berkata pada hal.133, "Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita".

[Kutipan dari buku Rifqon Ahlassunnah Bi Ahlissunnah Menyikapi Fenomena Tahdzir dan Hajr, Penulis Syaikh Abdul Muhsin bin Hamd Al-Abbad Al-Badr hal 17-21, Terbitan Titian Hidayah Ilahi]  

[ JENIS-JENIS PENYAKIT ROHANI...]

Jenis-jenis atau perbuatan-perbuatan
Kerana Penyakit Batin atau Rohani
Di antara penyakit batin atau penyakit rohani ialah sifat riak, nifak, sumah, ujub, hasad dengki, megah, juga bongkak atau sombong.

1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rizki / rejeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi
Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antar sesama.

4. Fitnah
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindak kriminal pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

Shahih Muslim-Imam Muslim
Kitab Kebajikan, Silaturahmi Dan Adab Sopan-santun
Bab 6: Haram berburuk sangka, mencari-cari aib orang lain, saling bersaing dalam kehidupan dunia, saling menjerumuskan dan sebagainya
Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه: ia berkata:Bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara

6. Khianat / Hianat
Hianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan mengobral janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengemban suatu tanggung jawab di kemudian hari.

7. Keras Hati
Penyakit rohani yang dianggap berbahaya ialah penyakit "keras hati". Di antara tanda-tanda penyakit keras hati itu ialah apabila tidak berasa gerun dan bersalah apabila melakukan maksiat dan tidak berasa seronok bila melakukan taat, tidak berasa gerun dengan neraka dan tidak teringin terhadap syurga, tidak berasa benci berkawan dengan syaitan atau iblis dan sebaliknya tidak berselera mendekati malaikat. - {Petikan dari buku Insan, Ingatlah! - tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat}

8. Riak
Riak bererti memperlihatkan sesuatu perbuatan berupa agama atau amalan baik dan terpuji dengan berpura-pura, berlainan dengan tujuan sebenar yang tersembunyi dalam hati. Rasulullah s.a.w. ada menyatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan tanpa ikhlas kerana Allah dinamakan riak.
Imam al-Ghazali pula memberi definisi riak sebagai keperluan kepada kepentingan dunia melalui amalan untuk akhirat, tidak kira sama ada yang dikehendaki itu daripada Allah ataupun daripada manusia. Riak diperkira berdasarkan kepada maksud atau tujuan melakukan sesuatu amalan.
Menurut Syeikh Muhammad al-Barkuiy, dalam kitabnya Tariqah Al-Muhammadiyah, riak ialah amalan berupa ketaatan kepada Allah dengan mengingini kepentingan-kepentingan selain daripada Allah. Manakala sebesar-besar riak ialah ibadah seorang hamba kepada Allah tanpa memerlukan keredaan Allah subhanahu wa taala.

9. Hasad dengki
Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."
Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

10. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

11. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

12. Sombong/Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

13. Ujub.
Merasa takjub terhadap diri sendiri hingga seolah-olah dirinyalah yang paling utama daripada yang lain.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

14. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

15. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

16. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

17. Tuduhan tanpa usul periksa ( Melulu )
Menuduh sesuatu kepada seseorang membawa maksud mengumpat atau memfitnah.
Sekiranya tuduhan itu benar ianya seumpama mengumpat saudaranya..
Tetapi jika tuduhan itu palsu bererti ia telah membuat fitnah..

[...4]

Masih dalam Pembinaan.

[...5]

Masih dalam Pembinaan. On Click show/Hide...