JPS Kedah

Laman Utama Bahagian Ukur Bahan
Ukur Bahan
Unit Ukur Bahan JPS Kedah tidak terletak di dalam mana-mana bahagian dan bernaung secara terus di bawah Pengarah.

Unit Ukur Bahan PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Ahmad Zaki Osman   
Rabu, 19 November 2008 15:13

Objektif
  • Mengadakan Perkhidmatan Ukur Bahan yang elektif untuk mempastikan projek-projek JPS dilaksanakan dengan adil dan efisyen serta memenuhi ciri-ciri pertanggungjawab awam.
  • Menentukan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh JPS adalah sepadan dengan nilai yang diperolehi.

Misi
Meningkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan dalam pelaksanaan projek JPS dengan memberi perkhidmatan Ukur Bahan yang mantap dan menyeluruh dalam pengurusan tender dan perkhidmatan tender dan perkhidmatan kontrak.

Fungsi
  • Audit-Teknik
    • Menjalankan audit-teknik ke atas semua dokumen yang berkaitan dengan tender dan pentadbiran kontrak untuk menentukan peraturan diikuti dan peruntukan kontrak ditakrif serta dilaksanakan dengan teratur.
  • Khidmat Nasihat
    • Memberi khidmat nasihat berhubung dengan masalah-masalah tender dan kontrak kepada pengurusan atasan JPS, Bahagian-bahagian di Ibu Pejabat, JPS Daerah, Projek-projek dan agensi-agensi/Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian.
  • Kemaskini Peraturan dan Garis Panduan
    • Mengemaskini peraturan sediada serta menyediakan panduan-panduan berhubung dengan pentadbiran tender dan kontrak. Menjadi pusat rujukan bagi maklumat kos.
  • Mengurus, menyelaras dan/atau bertindak sebagai Urusetia bagi perkara-perkara berikut :
    • Tender-tender Jabatan yang dijual/ditutup di Unit Ukur Bahan, Ibu Pejabat JPS.
    • Sebutharga.
    • Jawatankuasa Perubahan Kerja Peringkat Negeri.
    • Jawatankuasa Pemilihan dan Perlantikan Perunding Peringkat Agensi (JPPPA), Peringkat Negeri.
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 03 Disember 2008 11:30
 


Joomla Templates by JoomlaShack