JPS Kedah

CAPAIAN KAKITANGAN

HRMIS
InfoPortal
SMARTRAK
SPPII
LKK(BiW)
Telemetri
Webmail

Laman Utama
Program Kajian Kualiti Air Secara Bio-Indikator Dan Kimia PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Ahmad Zaki Osman   
Rabu, 19 Mei 2010 12:17

Pengarah JPS Kedah bersama Dato' KP

Pada 4hb Mei 2010 satu program kajian kualiti air secara bio-indikator dan kimia telah diadakan di Kem KAMC, Titi Hayun Yan, Kedah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan dikelolakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah. Seramai 60 orang peserta terlibat dalam program ini yang terdiri daripada Ketua Pengarah JPS Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah JPS Malaysia, Pengarah dan Pegawai-pegawai dari pelbagai Kementerian dan Jabatan termasuk wakil dari institut pendidikan tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO). Manakala fasilitator bagi program ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari JPS Kedah.

Program ini bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran tentang pemantauan kualiti air sungai melalui kaedah bio-indikator dan kajian kimia. Ianya juga dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang tahap kualiti air sungai yang dikaji berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi .Bio-indikator merupakan kajian kualiti air menggunakan hidupan dalam air seperti makroinvertebrata air tawar yang tidak mempunyai tulang belakang bersaiz lebih daripada 2mm. Melalui kaedah ini, makroinvertebrata dapat menentukan kualiti air, di mana keadaan kualiti air berubah, habitat hidupan air juga berubah. Tahap toleran jenis hidupan air bergantung kepada kualiti air adalah berbeza. Kajian kimia dijalankan menggunakan “low cost water monitoring kit” yang dilengkapi dengan tabung uji, pil-pil bahan kimia, piring secchi, termometer dan carta. Warna yang terhasil oleh air sungai selepas dimasuki pil-pil kimia dibanding dengan carta untuk mendapatkan keputusan kualiti air.

Program ini bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 9.30 pagi. Diikuti dengan kata-kata aluan dari Pengarah JPS Kedah seterusnya taklimat program kajian kualiti air secara bio-indikator dan kimia kepada semua peserta. Setelah minum pagi pada pukul 10.00 a.m, program diteruskan dengan aktiviti lapangan bagi program kualiti air yang berakhir pada pukul 11.45 pagi. Seterusnya pembentangan hasil kajian bagi semua kumpulan dan kesimpulan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JPS Kedah. Program ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dan sebelum bertolak pulang peserta dijamu dengan hidangan makanan tengah hari.

 

Klik untuk besarkan: *foto oleh Ahmad Zaki Bin Osman
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 26 Ogos 2010 10:24
 
Joomla Templates by JoomlaShack